Kerjaya Ibrahim Sani

Sebagai seorang pengacara TV, Ibrahim telah menemuramah pelbagai tokoh-tokoh penting negara dan juga ketua-ketua syarikat besar di Malaysia.

Temuramah Berprofil Tinggi

Pada tahun 2015, Ibrahim menemuramah Ketua Eksekutif syarikat 1MDB, Arul Kanda Kandasamy di stesyen bisnes radio BFM 89.9[4], di mana Arul menolak[5] semua dakwaan jenayah yang berlaku di syarikat itu, termasuk mengubah laporan audit 1MDB[6]. Arul Kanda mendakwa orang ramai 'enggan mahu mendengar penerangan 1MDB kerana penerangan yang diberikan adalah membosankan'[7]. Namun demikian, penolakan dakwaan berkenaan telah dibuktikan tidak benar. Arul Kanda masih meneruskan pendakwaan terhadap dirinya di mahkamah tertinggi Malaysia sehingga kini[8][9].

Temuramah Bersama Syarikat-Syarikat Besar

Temuramah Ibrahim selalunya adalah bersama dengan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbesar Malaysia, seperti dengan PETRONAS"[10], dan Principal Financial Group [11], atau dengan Pusat Penyelidikan Telekom Malaysia[12], dan juga dengan Sime Darby Property[13].

Beliau juga sering menemuramah syarikat dari industri Perbankan dan industri insurans seperti dengan Liberty Mutual[14], dan juga Bank Islam Malaysia[15].

Temuramah Syarikat Saiz Sederhana, Syarikat Pemula

Ibrahim juga kerap menemuramah syarikat-syarikat pemula dan saiz sederhana seperti syarikat sewa kereta Sooka[16], atau dengan Kenanga Futures [17], dan syarikat Pemasaran Malaysia - Dattel Asia[18].

Temuramah Orang-Orang Kenamaan & Penjawat Awam

Antara temuramah-temuramah yang Ibrahim telah adakan dengan penjawat-penjawat awam adalah seperti dengan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng[19], bekas Menteri undang-undang Nancy Shukri[20], serta ahli-ahli akademik dan aktivis seperti dengan Universiti Oxford Blavatnik School of Government[21], serta Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dzulkifli Abdul Razak[22], dan juga pusat penyelidikan awam REFSA[23].

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Ibrahim Sani http://www.ibrahimsani.net/ https://www.dattel.asia/ibrahim-sanis-notepad/ https://www.astroawani.com/rancangan/notepad/ https://www.astroawani.com/video-malaysia/notepad-... https://www.bursamalaysia.com/reference/insights/b... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.malaysiakini.com/news/335278 https://conferences.marketing-interactive.com/pr-a... https://www.petronas.com/pcg/media/media-gallery/v... https://www.pwc.com/my/en/issues/trust/pwc-trust-b...